Buat Anda Yang Sedang Diuji: Setiap Ujian Akan Tamat


WALAU PUN SEINCI!
Pernahkah pada satu ketika kita terasa seperti bermalas-malas untuk melakukan sesuatu perkara? Pernahkah kita rasa seolah-olah kita memang 'tidak ada hati' langsung untuk melakukannya, tapi kemudian kita buat juga! Tiada mood mahu ke tempat kerja, tapi kita tetap juga hidupkan enjin kereta! Tidak ada mood mahu memasak, tetapi tetap juga ke dapur, membasuh beras untuk menanak.
Subhanallah. Lihatlah bagaimana hebatnya kita mengendalikan akal rasional kita. Ya! Kita boleh sebenarnya! Percayalah, Allah telah membekalkan kita semangat juang yang begitu kuat untuk menjadikan kita insan yang hebat!
Justeru, jangan berputus asa dengan suatu apa pun. Jangan jadikan ujian Allah sebagai alasan untuk kita berhenti dari 'terus hidup'. Setiap ujian akan tamat. Sementara menunggunya selesai, bergeraklah walau seinci.. teruslah berjalan andai kita sudah tidak larat lagi untuk berlari!
Petikan 
Pujuklah hati 2.0

Sumber: Bonda Nor


0 comments: