Golongan Berjaya VS Golongan Kurang Berjaya



Self-Monitoring

Pakar-pakar psikologi (US) sudah membuktikan bahawa golongan yang berjaya mempunyai cara berfikir dan tingkah laku yang berbeza daripada golongan yang kurang berjaya.
Salah satu perbezaan itu adalah pada tingkah laku yang disebut 'self monitoring'. Yakni perbuatan memantau tingkah laku diri sendiri.
Hasil kajian mereka mendapati golongan berjaya sentiasa memantau tingkah laku diri mereka sendiri.
.
Contoh tingkah laku indivitu yang amat tinggi self-monitoring: Pandai berlakon, bersandiwara, bermuka-muka (dalam mode positif)
+ Apabila di rumah, peronaliti kita lain. 
+ Apabila di khalayak, personaliti kita lain. 
+ Apabila di tempat kerja, personaliti kita lain.
+ Apabila minum kopi dengan kawan-kawan baik, personaliti kita lain.
+ Apabila di masjid, personaliti kita lain.
+ Apabila berunding dengan businessman dari US, personaliti kita lain.
+ Apabila berunding dengan Tok Arab, personaliti kita lain.


Istilah lain adalah 'role sensitivity'. Setiap kali kita menjalankan 'role' yang berbeza, kita sesuaikan personaliti dengan keperluan role itu, supaya tugas yang dijalankan itu efektif.
Nota kaki:
Golongan mereka yang kurang berjaya menampilkan personaliti yang sama di mana sahaja.
Di rumah, macam itu. Di pejabat, macam itu. Dengan pelanggan, macam itu. Dengan pengurus bank, macam itu.

Motivasi Bahasa

Bahasa yang kita gunakan apabila bercakap boleh membantu kita berjaya ataupun sebaliknya.
Kajian pakar-pakar psikologi kejayaan (di US) mendapati, memang golongan individu yang berjaya bercakap menggunakan gaya bahasa yang berbeza daripada gaya bahasa golongan yang tidak berjaya.
.
Salah satu daripada dapatan hasil kajian mereka itu mendapati perkara ini:
+ Bahasa masa depan
Individu-individu yang berjaya lebih banyak bercakap tentang tema 'masa depan yang positif'. Tentang kejayaan yang akan dapat dicapai. Tentang perkembangan baik yang akan berlaku. Tentang perkara-perkara baru yang akan muncul.
Mereka lebih banyak bercakap tentang tindakan-tindakan yang dapat dilakukan dan kejayaan yang akan dapat dicapai.
Mereka mempunyai mindset 'dreamers'.
.
+ Bahasa masa kini dan masa lalu
Individu yang tidak berjaya lebih banyak bercakap tentang 'masalah-masalah hari ini dan peristiwa-peristiwa malang masa lalu'.
Mereka banyak mengulas-ulas, menganalisis, dan mengkritik perkara-perkara yang telah berlaku.
Apabila bercakap tentang masa depan, konten percakapan mereka adalah ramalan-ramalan negatif.
.
Sumber: Ainon Business School

Kita tergolong dalam kategori yang mana? Jom jadi orang berjaya!

#golonganberjaya
#berjaya
#ainonbusiness school
#bahasa
#motivasi

0 comments: