Kerana Hari Sudah Siang: Karya Bonda Nor

KERANA HARI SUDAH SIANG 




Hari sudah siang, sayang. 

Barangkali kelelahan perasaan sudah sedikit lega seusai bangkitmu dari lena semalaman.

Barangkali bantalmu yang tadi malamnya lencun basah tersiram gelisah kini sudah kering.

Bahkan barangkali sisa airmatamu yang berbaki sudah kau cuci dengan air wudhu'mu tadi.

Lalu bagaimana?

Engkau sudah siap, sayang?

Lihat cermin dan tersenyumlah.

Hari sudah siang dan ternyata Tuhan masih sudi memberimu modal nyawa satu hari lagi.

Ia seharusnya menjadi hari yang lebih baik.

Inilah harinya untuk engkau bersangka baik dengan Tuhanmu tidak peduli walau apa pun yang berlaku.

Sungguh yang buruk itu tidak pernah wujud kerana yang indah itu tetap indah waima musibah membawakan hikmah.

Maka berbahagialah, sayang.

Berbahagialah..

Kerana hari sudah siang!



Nak dapatkan buku-buku di atas?

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Instagram: @bukumaia

#pujuklahhati
#sambunganpujuklahhati
#bondanor
#bukuonline
#bukumaia

0 comments: