HAKIM BOLEH KAWIN BANYAK?



Haaa..siapa nama Hakim terus buntang mata ye?
Ini cerita beberapa bulan lepas. Tak silap masa bulan Disember...ada slot drama TV9 pukul 8.30 malam,tajuknya macam dalam gambar di atas. Cerita tentang seorang pelukis yang ada galeri lukisan sendiri kahwin dua. Namanya Hakim. Dalam plot cerita tu, ada pulak seorang lagi perempuan sukakan Hakim, sanggup jadi isteri ketiga.
Sofiy: Umi, hakim memang boleh kawin banyakkan?
Umi: Kenapa pulak? Sebab dia kaya ke Sofiy rasa dia boleh kawin banyak. Lelaki yang kawin lebih daripada satu ni, bukan tengok pada kaya je tau, kena adil. 
(Panjang lebar juga umi nak terangkan konsep adil seringkasnya pada budak umur 8 tahun)

Sofiy: Haa..ye la tu..sebab tu Sofiy kata hakim boleh kawin banyak. Hakim kan kena adil.
Umu: Oooo...hakim tuuuu...hahaha..ingatkan Hakim dalam drama tu. ( karang bini-bini hakim risau pulak dengar statement Sofiy ni)

Haha..Sofiy ni memang macam ni la dari dulu...apa yang dia fikir tu kadang menyimpang sangat daripada konteks / situasi sedia ada. Layan je laaa..

0 comments: