Saya Minat Membaca Buku Sejak Zaman Kanak-kanak



The word for a book-lover is a 'bibliophile,' a word first recorded in print — according to the Oxford English Dictionary — in 1824. Alternatively, there is the word 'bookworm,' which is of an altogether older pedigree: it first appears in 1580.
The love of books is bibliophilia, and someone who loves to read, admire, and collect books is a bibliophile.
A bookworm is someone who loves to read. If you're a true bookworm, you'd rather spend Friday nights on the couch with a book than out at a party. Some people are bookworms from the moment they first learn to read, while others grow into their love of books and reading after encountering a particularly wonderful book.

'ulat buku' dalam bahasa Melayunya.
Siapa pernah main game Bookworm? 
Dan siapa mengaku dia 'bookworm'?



Saya - salah seorang daripada pencinta buku di muka bumi Allah ini. 

Sejak kecil saya sangat suka membaca...pendek kata bila dah pandai je membaca, hobi saya membaca je la. Dulu saya tinggal di kampung, emak dan ayah pun bukan orang akademik (cikgu), jadi emak memang tak ada sediakan bajet untuk buku. Tapi, saya masih dapat baca majalah sebab emak suka juga beli majalah. Sebenarnya emak lebih cekap membaca dalam tulisan jawi, tapi majalah dalam jawi dah tak banyak masa tu sekitar tahun 1991 dan ke atas. Saya masih ingat nama majalah pertama yang emak beli untuk saya...selepas saya dok pegang takmau lepas majalah tu di gerai pasar minggu: Majalah Anak Soleh keluaran al-Arqam sebelum kumpulan itu diharamkan. 

Hobi dan kegemaran membaca tu meluap-luap sepanjang di sekolah rendah. Pantang ada buku, saya baca. Di rumah saya cuma ada buku-buku lama milik abang-abang saya..bau buku tu dah bercampur bau gegat. Kertas pun dah kuning dan keras. Ejaan pun dalam ejaan rumi lama yang ada e-tanda, ch = C, ayer. . Pernah baca buku sejarah (Darjah 5) tapi silibus mereka sangat tinggi. Masa tu la saya kenal nama-nama besar dalam sejarah dunia seperti pemimpin dinasti China, Kublai Khan, Genghiz Khan, Hitler dan banyak lagi. Bila dah sekolah menengah nak buat ulangkaji sejarah dunia, cari buku tu dah tak jumpa la pulak. Sayang sangat rasa. 

Seumur sekolah rendah, saya juga sempat baca karya hebat tulisan Pearl S.Buck yang diterjemahkan daripada tajuk asalnya The Good Earth oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussin dengan 409 halaman terbitan Pustaka Antara tahun 1962. Saya masih ingat watak-watak utama dalam novel ini. Saya juga ada membaca buku-buku tulisan Arman Sani. (Sebenarnya masa tu saya tak kenal siapa Arman Sani tetapi saya baca nama penulis di belakang buku dan nama itu melekat di otak hingga sekarang). 

                                         Kredit: matahati-kamariah.blogspot.my

Selain tu, saya pinjam daripada kawan, kawan baik saya ni anak cikgu (ustaz di sekolah kebangsaan). Dia ada baaaanyak buku cerita kanak-kanak fairy tale. Kami tinggal sekampung, cuma saya betul-betul kawasan kampung rumah kampung tapi dia di kawasan perumahan awam. Tiap-tiap minggu saya ajak ayah hantar saya ke rumah dia untuk baca dan pinjam buku. Ustaz pun ok je. Al-Fatihah untuk arwah Ustaz, semoga dalam rahmat Allah sentiasa.

Tak cukup dengan pinjam daripada kawan yang seorang tu...bila dah naik tahap 2 dah tak layan sangatlah cerita Cinderella ke Rapunzel ke, dah mula minat buku-buku penyiasatan macam Siri Salma, Siri Hadi, Siri 3 sekawan, Siri 7 sekawan...fuh, memang layan habislaa..khusyuk! Di perpustakaan sekolah saya tak ada buku-buku ni, jadi saya pinjam daripada perpustakaan bergerak yang datang ke sekolah dua minggu sekali kalau tak silap. Di perpustakaan sekolah pun saya pinjam juga, tapi cerita-cerita klasik macam Awang Merah, Puteri Buih, dan juga buku fakta kesihatan tajuk Diabetis la, Darah Tinggi la. Haha..masa tu konon-konon nak tambah ilmu yang bermanfaat. Terkebil-kebil bila jumpa perkataan 'insulin', entah apa la insulin. Tapi setidak-tidaknya saya dah jumpa perkataan tu masa saya sekolah rendah. hehe. Sebenarnyaa..ada 'kisah' yang berlaku gara-gara minat membaca saya ni...tapi tu cerita lain kali la ye.


                                                 Kredit: khutubkanahku

Inilah kisah-kisah awal bagaimana saya begitu minat membaca dan minat pada buku. Kawan-kawan yang minat buku sekarang, suka buku daripada kecil ke?


0 comments: