Tempahan Tasbih Mini Untuk Majlis Khatam al-Qur'an

Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadan 1439 H, seluruh umat Islam mula berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan, kekuatan, semangat, dan keimanan untuk menyempurnakan rukun Islam ke-3 ini. Bulan Ramadan juga merupakan bulan bersedekah dan bulan mendampingi al-Qur'an. Di Malaysia, selain membaca al-Qur'an secara sendirian, kita biasa juga mengadakan tadarus iaitu program mengaji al-Qur'an secara beramai-ramai dan melengkapkan seluruh al-Qur'an dalam tempoh sebulan ini. Ada yang mengadakan tadarus di masjid dalam kumpulan kariah masing-masing, ada yang mengadakan tadarus di peringkat sekolah, tempat kerja, kejiranan dan lain-lain. Biasanya di hujung bulan Ramadan nanti, akan diadakan majlis khatam al-Qur'an sebagai satu majlis penghargaan kepada semua yang terlibat. 

Ramai customer kami di @bukumaia mencari buku-buku mini untuk dijadikan sebagai cenderahati majlis khatam al-Qur'an. Kami menawarkan beberapa pakej buku mini seperti buku mini Yasin, buku mini Asmaul Husna, buku mini panduan solat beserta pakej kotak dan tasbih mini. Tasbih ni ada 2 jenis dengan harga berbeza. Buat masa ni kami hanya menjual secara borong minimum 20 unit tasbih. Tapi untuk buku mini, minimum 50 unit buku. 


Tasbih pearl warna lembut pilihan pelanggan kami

 Tasbih pearl

 Tasbih marble

Tasbih marble

Selain tasbih biasa macam dalam gambar di atas, kami juga boleh custom made tasbih dengan nama. Ha..macam mana tu? Jom tengok gambar kat bawah ni.




Cantikkan? Jadi takdelah tasbih mudah hilang. Dah ada nama kita siap-siap kat tasbih. Senang nak bawa ke mana-mana, di samping menyuntik sentimental value. Tasbih bernama ni sesuai juga dijadikan hadiah kepada seseorang yang istimewa misalnya cikgu, ustaz, ustazah ataupun kawan-kawan. Baru-baru ni pun ramai yang beli tasbih nama ni untuk dihadiahkan pada cikgu sempena Hari Guru. 

Kami bekalkan tasbih nama sahaja, packaging pelanggan buat sendiri dan tag kami di FB:)

Tasbih ni digunakan untuk berzikir, menyebut nama Allah, memohon keampunan Allah..atau apa saja zikir yang  baik-baik. Jadi, sebagai pemberi kita berharap mudah-mudahan dapat juga menumpang sedikit pahala kerana kita tau kita bukanlah hamba yang dijamin syurga. Semoga bila orang yang menerima itu beramal, kita tumpang sahamnya. Amin.

Berminat nak tempah juga tasbih mini untuk majlis anda?
Tempah awal kerana kurier sangat sibuk di bulan Ramadan

Klik link Whatsapp: www.wasap.my/60123302067

pm kami di Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

pm kami di Instagram: @bukumaia

0 comments: